- PENDAHULUAN
Baitul Amin Pitas merupakan sebuah
pusat pengurusan Anak Yatim Islam yang satu-satunya terdapat di Daerah Pitas
yang telah ditubuhkan pada 11/12/2013. Baitul Amin bertapak bersebelahan Masjid
Al-Amin yang juga merupakan Masjid Daerah Pitas. Awal penubuhan Baitul Amin ini
adalah merupakan cetusan idea mantan Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi
Badan Dakwah pada ketika itu apabila mengajukan permohonan sebuah bangunan
sebagai penempatan anak-anak yatim dari pihak Sabah Credit Corporation. Dan
setelah mendapat kelulusan maka terbinalah sebuah Bangunan yang kini
menempatkan 20 Orang anak-anak yatim sekitar Daerah Pitas. Secara rasminya Baitul
Amin beroperasi dan dibuka pada tanggal 1/Feb/2014.
- MISI
Menjadi sebuah pusat pengurusan Anak
Yatim yang berwawasan dan berfungsi sebagai pemangkin kejayaan duniawi serta
ukhrowi seiring pelaksanaan sakhsiah yang berlandaskan Islam
- OBJEKTIF
- Mengujudkan tempat yang sempurna serta selamat kepada penghuni bagi membolehkan mereka senantiasa terkawal dan selesa
- Membantu dan memberi nafas baru kepada anak-anak yatim khususnya yang terdiri dari golongan fakir, miskin serta mualaf
- Membuka dan memberi ruang kepada golongan yang berkempuan untuk menyalurkan sebarang sumbangan dan sedekah bagi keberlangsungan pengurusan baitul Amin
- FUNGSI
- Mempastikan anak-anak mendapat perlindungan serta penjagaan yang terbaik
- Mempastikan anak-anak mendapat pendidikan secara menyeluruh dan menitik beratkan soal pendidikan agama yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
- Membangkitkan kesedaran golongan Agnia’ (Golongan Kaya), untuk terlibat sama berperanan dalam memakmurkan Baitul Amin sama ada dari aspek kebajikan mahupun idea yang bernas.
Assalamualaikum mahu tanya tempat ni trma pljr praktikal?
ReplyDeleteSy mas idayu dari Institut pengajian islam dan dakwah sabah